30 January 2013

Kita kecil hati kita berdosa



Assalamualaikum. Hari ni aku nak berkongsi satu benda. Aku dapat benda ni dari satu group dkt facebook. And aku rasa aku patut PrtSc then share kat sini. Harap sudi baca. Aku bukan nak hipokrit buat-buat baik ke apa, aku tahu aku bukan orang alim, aku tahu aku ada jugak buat salah. Tapi tak salahkan untuk aku berkongsi benda macam ni? Sekian :)



22 January 2013

When baju kurung meet baju melayu :)


; Assalamualaikum hai.
Comel je kan budak yang pakai baju kurang dan baju melayu kat atas ni? Sebenarnya budak dua orang tu tak ada kaitan dengan aku, aku copy paste picture dia dari blog sorang ni :) 

WHEN BAJU KURUNG MEET BAJU MELAYU . Ni macam apabila perempuan bertemu lelaki la kan. Cuma nak berkongsi cerita laaa. Ada la satu video dalam youtube ni. Macam menarik je kan. 
Jadi bagaimana seorang muslimah mengenal bakal suami dia. Siapa kata tak couple maka tak kenal. Ustazah Fatimah tak kenal bakal suami dia. Mereka tak couple. Mereka kenal dengan sekeping biodata, dapat kenal tinggal dimana, makanan kegemaran, universiti mana, course apa. Dalam masa satu minit sahaja Ustazah dapat kenal dia. Walau kita couple selama mana pun, kita tak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonan dia. Sebab tu couple buang masa je. Baik kawin terus. 

Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ni, mereka ini sedang berdusta. Sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar. JAdi buang masa je kita couple dulu sebab nak kenal sebelum nikah. Kita hanya kenal seseorang pacar, bukan seorang suami. Dan kalau kita couple ni, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti. Bila ada kekasih yang lama ni, kita akan curiga dgn suami kita. Kita selalu membandingkan suami kita dengan ex-boyfriend kita. Kekasih kita dulu romantik, caring, tapi suami kita senyap je. Sebenarnya, tak patut kita membandingkan seorang kekasih dengan suami. Kita manusia biasa yang tak akan mampu melupakan. Tapi boleh berusaha untuk melupakan. Alangkah indahnya ada cinta yang terpelihara. Akhirnya, akan dapat setia, kepercayaan... 

Dalam Islam ada konsep merisik, kenal dulu. Merisik ini sama ada mintak wali kita tanya tentang dia. Melalui zaman canggih ini, boleh guna facebook. twitter, boleh tengok cara dia layan orang lain. Kita hanya mampu tengok apa yang luaran, Allah lebih tahu yang dalaman. Yang luaran kita hanya mampu melihat cara dia tawarkan cintanya.Kalau caranya tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut kepada Allah. Cinta itu mempersembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Dan cinta boleh lenyap dengan lenyapnya sebab. Kalau dia puji wajah kecantikan kita, jangan terkejut nanti dia jadi suami bermata keranjang. Perempuan pun sama, agungkan wang. Bila berkahwin, jadi pisau cukur, tinggalkan suami apabila jatuh miskin. Tapi apabila cinta teguh berdiri hanya kerana Allah, cinta itu akan utuh dan perkahwinan akan bahagia. Bila sekarang kita tak takut zina, bila kahwin nanti jangan terkejut apabila suami/isteri kita chat dengan suami/isteri orang. Hal ini kerana, sekarang pun kita membuat benda yang sama...

Ok dah cukup untuk aku explain. Kalau nak dengar suara uztazah yang lembut je butir bicara dia, bukak ni When baju kurung meet baju melayu :)


Panjang lebar :)
Harap benda ni sama-sama kita jadikan sebagai pengajaran



16 January 2013

Cinta Akhirat Dapat Dunia


; Assalamualikum. Hm aku ada terbaca satu article dalam majalah. Ni saja nak berkongsi, tak salah kan :)

: CINTA AKHIRAT DAPAT DUNIA :

Sabda Rasullah SAW: "Siapa menjadikan akhirat tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan siapa menjadikan dunia tujuannya, maka Allah mengganggu semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya."(Riwayat Ibnu Majah)

Akhirat Tujuan Kita
Alangkah indanya hidup apabila akhirat menjadi tujuan kita, Lihat janji Allah kepada orang yang mencintai akhirat melalui hadis di atas. Sesiapa yang hidupnya diserahkan untuk kepentinga akhirat yakni mendambakan syurga Allah, Allah akan permudahkan urusannya.
Kita mesti pernah menghadapi kesukaran untuk melakukan sesuatu kerja yang berat, bukan? Namun apabila kita berusaha menyiapkan kerja itu dengan hanya mengharapkan kebaikan di akhirat dan bukannya untuk memiliki kesenangan dunia semata-mata, akhirnya kita berjaya menyiapkan kerja itu dengan lancar!
Tapi, ada sahaja sesetengah daripada kita yang melakukan kerja hanya semata-mata untuk mendapat markah yang tinggi, untuk mendapat pujian orang. Tiada niat lansung untuk kepantingan akhirat. Namun mereka berjaya. Bagaimana tu?
Ya, memang benar. Kadangkala mereka lebih cemerlang daripada kita. Kita harus ingat, mereka mungkin mengecapi kecemerlangan dunia, tetapi mereka tidak mungkin memiliki kekayaan hati. Bukankah kekayaan hati adalah janji Allah yang kedua kepada orang yang mencintai akhirat? Orang yang memiliki kekayaan hati ini akan sentiasa rasa cukup dengan hidupnya dan redha dengan segala pemberian Allah kepadanya.

Dambakan Syurga Allah
Cuba bayangkan kita tidak memiliki kekayaan hati. Apabila kita tidak memperolah markah peperiksaan yang tinggi, kita akan mudah putus asa dan kecewa. Apabila orang tidak memuji kebaikan yang kita buat, kita akan mula resah dan gelisah. Ini disebabkan pada saat ini, kita hanya mahu kesenangan dunia. Tidak pula mengharapkan kebaikan akhirat dan syurga Allah SWT.
Allah juga menjanjikan sesiapa yang mencintai akhirat, dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bermakna jika kita mendambakan syurga dan akhirat Allah, ketenangan dan kesenangan di dunia akan kita kecapi tanpa diminta-minta. Bukanlah kita ini tidak dibenarkan mencari kesenangan dunia. Hendak hidup senang dan selesa itu sendiri adalah fitrah manusia. Tetapi jangan kita abaikan akhirat . Jangan kita lalai dalam mengingati Allah. Cintailah akhirat, dengan izin Allah kesenangan dunia pasti akan kita miliki. Yakinlah :)